Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK TPDPH Normah, Daro mula diwujudkan pada 3 januari 2011. Pada permulaan, PPKI SMK Normah mempunyai seramai 13 orang pelajar dan seorang guru, Cikgu Nur Faizah Azizan. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang berkhidmat secara kontrak iaitu Cik Sabariah Baduri telah melapor diri pada minggu ketiga PPKI bermula. PPKI turut dibantu oleh seorang GSTT, Cikgu Norkasmani Mohamad. Pada ketika ini, kelas PPKI menumpang di bangunan sekolah Blok C sementara menunggu blok Pendidikan Khas siap diubahsuai.
Pada penghujung Februari 2011, PPKI semakin berkembang dengan kehadiran seorang guru tetap, Cikgu Noor Habsah Ali dan PPM tetap, Cik Noraisah Abdul Kadir. GSTT yang baru, Cikgu Nor Adlyna Zainuddin telah menggantikan Cikgu Norkasmani manakala PPM Noraisah menggantikan PPM Sabariah.
Pada pertengahan Mac, PPKI telah berpindah ke blok kelas sendiri yang merupakan kuarters lama guru yang diubahsuai. Blok kelas yang baru ni lengkap dengan kemudahan bilik darjah, dapur, bilik air, tandas dan stor. Bahagian bawah blok pula boleh digunakan sebagai ruang belajar selain bilik darjah.
No comments:
Post a Comment